Umrah anda dijamin Angkasa. Sekiranya ada apa-apa yang tidak diingini berlaku, Angkasa akan memastikan kes anda ditangani sebaiknya.
Hanya agensi dan operator umrah yang berdaftar dan berlesen sahaja yang akan beroperasi di Zoomrah
Penilaian yang diberi oleh pengguna lain dapat memberikan anda panduan untuk memilih pakej umrah yang terbaik.
Mungkin ada yang begitu teringin untuk menunaikan umrah tetapi wang masih belum mencukupi. Zoomrah menyediakan platform untuk menyimpan sedikit demi sedikit sehinggalah cukup dana untuk membeli pakej umrah.
Di Zoomrah anda boleh memilih tawaran terbaik dari beratus-ratus pakej yang berbeza.
Pilihan pembayaran yang pelbagai! Bayar melalui Kad Kredit, Kad Debit atau Perbankan Internet.